Syarikat yang kami tubuhkan adalah “Boy’s Sushi Marketing”. Tujuan kami menubuhkan syarikat ini adalah untuk memberikan sesuatu yang baru kepada pelanggan atau menghasilkan produk yang baharu di pasaran yang kami hasilkan adalah “ Man Kimchi Sushi ”.
Matlamat syarikat ialah untuk mengembangkan perniagaan kami ke peringkat yang lebih tinggi serta dapat meningkatkan ekonomi negara dan dapat memberi peluang pekerjaan. Seterusnya untuk memperkenalkan lagi produk kami di peringkat yang lebih jauh.
Selain itu, adalah ciri-ciri produk kami iaitu seperti terdapat bahan bahan isi ketam, sosej, kimchi, timun ,beras pulut, nori (rumpai laut), mayonis, bekas jernih, stapler. Kimchi yang kami hasilkan ini ialah inovasi terbaru yang dihasilkan dengan campuran sushi dengan kimchi .
Seterusnya melalui harga yang ditawarkan untuk produk makanan Man Kimchi Sushi ialah berharga RM 1.25 seunit selaras dengan modal yang kami keluarkan untuk setiap unit kimchi sushi. Di samping itu pelanggan akan mendapat potongan harga sekiranya membeli lebih daripada 4 unit sushi kimchi. Oleh yang demikian untuk tawaran sebanyak 5 unit kimchi di atas pembelian hanya perlu membayar sebanyak RM 4.00 sahaja.
Polisi syarikat kami ialah untuk mencapai status makanan yang dijamin halal oleh jakim serta menjamin kualiti dan memenuhi citarasa pelanggan serta jaminan terhadap produk yang kami keluarkan.
Sasaran kami dalam masa terdekat ialah di kawasan Semenyih dan Kajang. Selain itu, untuk memudahkan pelanggan menempah produk kami melalui laman sesawang seperti Instagram, Facebook dan Whatsapp. Seterusnya untuk promosi yang kami lakukan seperti membuat flyers dan poster dan ditampal di sekitar semenyih dan kajang. Oleh itu, untuk makluman lebih lanjut lagi di laman sosial seperti Instagram dan Facebook terdapat nombor telefon kami untuk pelanggan menghubungi kami atau membuat tempahan. Segala rundingan akan dijalankan dengan mengikut kehendak dan permintaan pelanggan.
No comments:
Post a Comment